Selepas tarikh tayangan ditunda, filem Raging Fire akan menemui anda tidak lama lagi. Filem ini berkisahkan tentang pegawai polis yang cuba menangkap penjahat apabila operasi penangkapan penjenayah tidak berjalan lancar dan mereka berjaya melarikan diri bersama dadah.

Menerusi trailer, dapat dilihat filem ini akan dipenuhi dengan aksi dan bakal bermain dengan emosi penonton. Menariknya, Nicholas Tse dan Donnie Yen turut digandingkan bersama dalam filem selepas 14 tahun mereka digandingkan dalam filem Dragon Tiger Gate.

Pasti peminat Nicholas Tse dan Donnie Yen sudah tidak sabar mahu menonton karya di layar perak. Tonton trailer ini dahulu sementara menantikan ia di pawagam pada 2 Disember 2021.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Pacak Khemah Dan Lepak Di ‘Parking Lot’, Trend Terbaru Di Genting Highlands Ini Buat Netizen Berang

Terpaksa Pulang Untuk Cari Duit, Kisah Pak Cik Ini Lawat Anak Yang Koma Bikin Netizen Sebak

‘Staminanya Memang Another Level’- Netizen Teruja Lihat Ariel Noah Bernyanyi Sambil Berkasut Roda