Fizik dan graviti seperti tidak wujud dalam franchise Fast & Furious dan perkara ini dapat dilihat dengan lebih ketara dalam karya spin-off ‘Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw’.

Ini merupakan trailer rasmi terakhir untuk filem Hobbs & Shaw dan kali ini, lebih banyak aksi diperlihatkan termasuklah The Rock melompat keluar daripada bangunan tinggi tanpa mengalami sebarang kecederaan. Begitu juga aksi helikopter yang mirip adegan Captain America dalam Civil War.

Menarik apabila lagu Jay-Z dipilih sebagai runut bunyi untuk trailer ini yang menambah mood cool untuk filem Hobbs & Shaw. Hampir tak ada feel Fast & Furious dalam karya Hobbs & Shaw ini tetapi disebabkan ada The Rock dan Jason Statham, pasti tetap akan laku. Filem ini akan berada di pawagam pada 2 Ogos 2019.

Oh ya. Mahu tiket ke tayangan perdana ‘Hobbs & Shaw’ di GSC MidValley, 31 Julai 2019 ini? Nyatakan minat anda di sini.