Setiap pagi air teh tarik menjadi pilihan ramai orang yang menikmatinya sambil makan nasi lemak, bihun, mee atau roti canai. Mudah kata, air teh tarik sesuai dipadankan dengan apa-apa jenis makanan ketika waktu sarapan.

Tetapi sebenarnya air teh tarik itu juga boleh diminum bersama makanan mengenyangkan pada waktu yang lain seperti tengah hari, petang, malam ataupun lewat malam. Atau ada boleh sahaja menikmati air teh tarik itu begitu sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, KFC menambah satu lagi menu dalam hidangan air mereka, Hot Teh Tarik yang diformulasi dengan resipi istimewa KFC yang membuatnya lemak berkrim, lebih berbuih, dan lebih enak.

KFC Hot Teh Tarik boleh didapati sepanjang hari di restoran KFC seluruh negara bermula RM4.20 sahaja. Air baharu ini juga boleh didapatkan secara set dengan Nasi Lemak KFC.

Sempena bulan Ramadan ini, KFC menyediakan Hot Teh Tarik secara set dengan pilihan Kombo Zinger Porridge dan Kombo Nasi Lemak Ayam Dua Ketul. Menu sahur ini boleh didapatkan bermula jam 4 pagi.

Bagi yang ingin dapatkannya, boleh pergi di mana-mana restoran atau pandu lalu yang berhampiran. Untuk maklumat lanjut, layari www.kfc.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia.