Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Di Malaysia, banyak taman tema yang dibuka dan Genting SkyWorlds antara taman tema terbesar. Bahkan sebelum pembukaan secara rasmi sahaja sudah menarik ramai pengunjung ke sana.

Difahamkan, taman tema bertaraf dunia bakal dibina di Melaka dan dijangka akan siap pada tahun 2026. Pembinaan taman tema dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion dijangka menarik 5 juta pengunjung setiap tahun.

Menurut Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, taman tema itu akan menyaingi taman tema Genting Highland dengan keluasan 14.56 hektar.

Tambahnya, perkembangan pembinaan taman tema tersebut dapat dilihat dalam tempoh 4 tahun dari sekarang di Pulau Satu (PME1) Melaka Gateway. Projek itu akan dimulakan dengan dengan pembinaan Terminal Kapal Pelayaran Antarabangsa (MICT) yang dijangka bakal siap dalam tempoh 15 bulan.

Sementara menantikan taman tema ini siap, apa kata anda ke Genting SkyWorlds dahulu. Ini apa yang anda perlu tahu sebelum beli tiket. 

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds

Berlumba Jadi Yang Terpantas, Cabaran Pepsi ESCAPE Dilancarkan Di Gelongsor Terpanjang Dunia

Persis Seperti Di Santorini, Lihat Resort ‘Awesome’ Di Melaka Yang Bakal Jadi Tumpuan Pelancong

Anda Mungkin Suka