Sudah lebih dua tahun sejak Sony melancarkan Sony PS5 dan PS5 Digital Edition. Syarikat ini dikhabarkan sedang membangunkan model PS5 baharu yang lebih berkuasa dari segi prestasi dan sistem penyejukan.

Menerusi laporan terbaharu, Sony merancang untuk melancarkan PS5 Pro pada separuh pertama tahun ini. Konsol itu dijangka akan menawarkan prestasi yang lebih baik dengan spesifikasi yang dipertingkatkan serta reka bentuk yang baharu.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Spiel

Sebagai varian yang lebih tinggi, kita boleh menjangkakan konsol PS5 Pro ini menawarkan prestasi pada tahap baharu kerana penggunaan teknologi yang lebih canggih. Model Pro ini juga mungkin disertakan dengan sistem penyejukan cecair yang biasanya digunakan pada PC kayangan.

Sumber ini turut memberikan gambaran salah satu perubahan utama adalah sistem pengurusan habanya. Penekanan yang diberikan terhadap sistem penyejukan adalah disebabkan kontroversi baru-baru ini yang berkait dengan kegagalan penyejukan pada PS5 dan kebocoran logam cecair.

Memandangkan PS5 Pro akan ditawarkan dengan versi lebih hebat, maka harganya juga dijangka lebih tinggi. Setakat ini, syarikat gergasi belum lagi membuat pengumuman rasmi berhubung pelancaran model Pro ini namun sumber percaya Sony dalam persiapan untuk pelancaran pada April 2023 kelak.