Sebut mengenai Honda Civic pasti orang ramai mengenali dan menyukainya. Malah, model ini antara yang menjadi pilihan popular pengguna bagi model kereta segmen-C di Malaysia.

Terbaharu, setelah hampir lima tahun Civic generasi kesepuluh atau turut popular dengan nama Civic ‘ketam’ berikutan rekaan lampu belakangnya, Honda pada hari ini telah memperlihatkan rekaan prototaip Honda Civic generasi kesebelas. Model terbaharu ini dijangka bakal dilancarkan secara rasmi seawal tahun depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekaan

125429763_209290683890090_9171757711679489423_o

Mengulas dari segi rekaan, Honda Civic generasi kesebelas ini nampaknya berkiblatkan Eropah berdasarkan design language yang ditampilkan. Meskipun gaya sporty masih dikekalkan, namun rekaan pada kali ini dilihat lebih matang berbanding Civic generasi kesepuluh yang tampak lebih muda.

Pada bahagian belakang, rekaan lampu belakang model ini telah mencipta kontroversi di kalangan peminat automotif di Malaysia dengan membandingkan rekaannya dengan Proton Saga dan Audi A5.

125211794_209290803890078_2103885535083068172_o

2022-honda-civic-sedan-prototype-118

Setakat ini Honda memaklumkan rekaan ini masih lagi dalam prototaip. Dalam pada itu, ramai yang menjangkakan rekaan akhir model ini tidak jauh berbeza dengan rekaan prototaip memandangkan jenama ini jarang membuat perubahan yang drastik berdasarkan rekaan prototaip yang dibuat.

Tarikh pelancaran rasmi di Malaysia

2022-honda-civic-sedan-prototype-117

Setakat ini masih belum diketahui tarikh rasmi Honda Civic generasi kesebelas dilancarkan di Malaysia.  Honda menjangkakan model terbaru ini bakal dilancarkan pada akhir tahun 2021 atau pada awal tahun 2022.

Dalam erti kata lain, model ini dijangka bakal dilancarkan di Malaysia seawalnya pada tahun 2022. Harga, enjin dan varian yang ditawarkan buat model ini masih lagi menjadi tanda tanya setakat ini. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi daripada Honda tidak lama lagi.

Sementara itu pengguna di Malaysia masih berpeluang membuat tempahan bagi Honda City RS yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Honda City RS 2020 Dengan Tork 253Nm Dibuka Untuk Tempahan

Nekad Dan Berani, Pasangan Ditangkap Larikan Honda Civic Milik Pasukan Polis