Jika sejak beberapa tahun terakhir ini, Apple dilihat hadir dengan pelancaran tiga model secara serentak, syarikat ini dilihat bakal lebih agresif pada tahun hadapan dengan pelancaraan enam model iPhone 12.

Menawarkan seleksi spesifikasi dan saiz skrin yang berbeza, ura-ura daripada MacRumors menyatakan enam model iPhone 12 yang bakal dilancarkan terdiri daripada tiga model dengan rangkaian 4G dan tiga lagi model dengan rangkaian 5G.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
iphone-12-concept
Sumber: BGR

Penawaran rangkaian model berbeza ini bersesuaian dengan kehendak pengguna dimana jumlah negara yang menyokong rangkaian 5G masih rendah setakat ini. Selain itu, iPhone dengan rangkaian 5G bakal turut hadir dengan rekaan terbaharu.

Mengulas daripada saiz skrin, difahamkan iPhone 12 bakal hadir dengan saiz skrin yang sama seperti iPhone 11 iaitu 6.1-inci. iPhone 12 Pro bakal hadir dengan saiz skrin yang lebih kecil iaitu 5.4-inci manakala iPhone 12 Pro Max hadir dengan saiz 6.1-inci.

F6E352A7-1052-4DBF-915F-F86AEEA2A045
Rekaan yang kemungkinan digunakan pada iPhone 12 5G. Sumber: CultofMac

Menariknya, kesemua model yang dilancarkan pada tahun 2020 dilaporkan bakal hadir dengan pengecasan pantas tanpa wayar dimana orang ramai tidak perlu lagi mendapatkan aksesori tambahan.

Untuk pengetahuan, enam model ini terdiri daripada iPhone 12 manakala iPhone 9 dijangka bakal diperkenalkan seawal Mac ini. Sama-sama kita nantikan inovasi terbaru yang bakal dibawakan iPhone pada kali ini.

Berdasarkan ura-ura, iPhone 9 bakal dijual dengan harga tidak sampai RM2,000. Turut dikongsikan, perkongsian pengguna tegar Apple yang merasa rugi dengan pembelian iPhone 11 selepas mengetahui berita mengenai iPhone 12.

Apple iPhone 9 Bakal Dijual Dengan Harga Tidak Sampai RM2,000?

Berita iPhone 12 Buat Pengguna Tegar Apple Rasa Rugi Beli iPhone 11

Sumber