Wise merupakan sebuah perkhidmatan popular di kalangan pengembara atau yang sering berurusan transaksi mata wang luar negara kerana sangat mudah dan pantas. Mereka kini nampaknya telah memberikan sentuhan baharu bagi laman web rasmi dan juga aplikasinya.

Bersempena dengan pengenalan ini, mereka juga telah menambah beberapa fungsi baharu buat penggunanya. Antara fungsi yang sangat menarik untuk diketahui adalah kebolehan membuat pembayaran kod QR.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Pomelo Pay

Dengan ini, ia membenarkan pengguna untuk melakukan pembayaran menerusi kod QR di kedai-kedai yang menyokongnya. Di samping itu, Wise juga menawarkan penghantaran wang kepada lebih 11 dompet mudah alih di Asia.

Ini termasuklah Touch ‘n Go di Malaysia, GrabPay di Filipina dan juga ShopeePay di Indonesia. Hal ini sekaligus membolehkan anda membuat pemindahan baki daripada akaun Wise lalu terus ke akaun Touch ‘n Go jika perlu.

Perkembangan lain yang turut dikongsikan oleh pihak Wise adalah jumlah pengguna yang sudah mencapai 16 juta di seluruh dunia di samping menerima 100,000 orang pengguna baharu pada setiap minggu. Kini kad Wise juga hadir dengan berwajah baharu yang tampak lebih premium dan kemas.