Mulai perkenalkan siri Galaxy-A pada tahun 2019 bagi menguasai pasaran kelas pertengahan telefon pintar, siri ini dilihat masih releven memasuki tahun ketiga. Pada tahun ini, Samsung dilihat menawarkan beberapa pembaharuan terbaru menerusi tiga model yang dilancarkan iaitu Samsung Galaxy A32,52 dan A72.

Menariknya pada kali ini, Samsung berjaya menawarkan beberapa ciri yang terdapat pada telefon pintar flagship pada siri-A sekaligus membuatkan model ini tampil lebih premium dengan harga mampu milik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model Galaxy A72 pada siri ini dilihat sebagai model dengan penawaran spesifikasi terbaik berbanding tiga model yang ditawarkan. Berikut merupakan pandang pertama kami bagi model Samsung Galaxy A72.

Rekaan dan skrin

photo6255638850835688366

Dari segi rekaan, Samsung berjaya menawarkan rekaan yang lebih fresh pada model ini dengan penawaran skrin Infinity-O 6.7-inci beserta paparan Super AMOLED FHD+. Refresh rate pada model ini juga turut ditawarkan sehingga 90Hz.

Samsung pada kali ini nampaknya telah memilih untuk menggunakan material plastik pada bahagian belakang dengan padanan warna Awesome Blue sekaligus membuatkan model ini tampil lebih ceria.

Spesifikasi

photo6255638850835688368

Mengulas dari segi spesikasi, Samsung Galaxy A72 ditawarkan dengan cip pemprosesan lapan teras dengan kelajuan mencecah 2.3Ghz. RAM dan ruang storan pula masing-masing ditawarkan dengan saiz 8GB dan 256GB.

Menariknya, Samsung turut menawarkan kapasiti bateri yang boleh dikatakan agak besar pada model ini iaitu 5,000mAh dan turut diberikan pengecasan 25W bersama dalam kotak.

Kamera

photo6255638850835688359

Mengulas mengenai kamera, Samsung Galaxy A72 dilengkapi dengan empat kamera di mana kamera utama ditawarkan dengan sensor 64-megapixel beserta sokongan OIS. Kamera kedua pula ditawarkan dengan sensor 12-megapixel sudut lebar manakala dua kamera lagi hadir dengan sensor 5-megapixel untuk macro shot.

Seperti telefon pintar premium, Samsung Galaxy A72 turut disertakan dengan sensor telefoto 8-megapixel membolehkan pengguna mengambil gambar dengan zum sehingga 30X menerusi Space Zoom. Dari segi kamera hadapan, model ini turut menawarkan sensor yang besar untuk pengguna berswafoto menerusi kamera 32-megapixel.

Sama-sama nantikan review penuh daripada VOCKET mengenai Samsung Galaxy A72 yang baru sahaja dilancarkan. Model ini juga sedia untuk didapatkan dengan harga rasmi iaitu RM1,899 sahaja.

Ketahui juga cara-cara untuk menghindari mata yang sering sakit dan pedih sewaktu menonton skrin komputer.

Ini Caranya Untuk Hindari Mata Sering Sakit Dan Pedih Sewaktu Menonton Skrin Komputer

Gara-Gara Jual iPhone Tanpa Pengecas, Apple Didenda RM8 Juta Di Brazil