Mungkin bunyinya agak mengejutkan tetapi jumlah hadiah wang tunai yang diraih Khabib dalam perlawanan terakhirnya sebelum bersara adalah dilaporkan lebih tinggi berbanding apa yang diterima selepas perlawanan menentang Conor McGregor.

Walaupun perlawanannya menentang McGregor lebih mencuri tumpuan dengan perkelahian antara keduanya, namun dari sudut hadiah dan imbuhan yang diterima adalah tidak setinggi kali ini ketika beliau menewaskan Justin Gaethje.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Menurut laporan Russia Today, atlet seni bela campuran dari Rusia itu akan menerima lebih daripada RM25 juta termasuk bonus selepas perlawanan yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000.

ElH-z8OVkAAbtIc

Ketika menewaskan McGregor pada 2018, Khabib dilaporkan meraih hadiah wang tunai berjumlah sekitar RM8 juta. Tetapi kali ini ia mencecah RM25 juta dan boleh bertambah mengikut beberapa terma dalam kontraknya seperti pendapatan daripada hak penyiaran pay-per-view yang telah dipersetujui.

Manakala pencabarnya, Gaethje pula dilaporkan hanya menerima sekitar RM1.6 juta di atas usahanya menghalang Khabib dalam perlawanan yang berkesudahan dengan ‘submission’ baru-baru ini.

Bukan sahaja mencatatkan kemenangan untuk menjadikan rekod tanpa kalah miliknya kepada 29-0 tetapi Khabib selepas perlawanan berkenaan membuat keputusan yang mengejutkan ramai untuk bersara daripada arena UFC.

Keputusan itu menurutnya dibuat kerana pemergian ayahnya yang juga merupakan jurulatihnya serta janji yang dibuat kepada ibunya untuk meluangkan lebih banyak masa bersama selepas ini.

Baca lebih lanjut mengenai keputusan Khabib mengundur diri dariapada arena seni bela diri campuran melalui pauatan di bawah. 

Mahu Tunai Janji Ibu, Khabib Nurmagomedov Umum Bersara Daripada UFC

Berhenti Kelahi Seketika, Conor McGregor Ucap Takziah Buat Bapa Khabib

Cristiano Ronaldo Yakin ‘Saudaranya’ Khabib Akan Menang Jika Diizinkan Allah

Anda Mungkin Suka