Para wanita memang cukup dikenali dengan sifatnya yang complicated. Mulut kata ‘ya’ tapi hati kata ‘tidak’, perut kata ‘lapar’ tapi kepala pula menggeleng. Baru-baru ini, telah tular di media sosial tentang individu bernama ‘Pak Utih’ yang memberikan nasihat rumah tangga kepada para bakal suami menerusi akaun TikTok beliau.

Video Pak Utih yang dimuat naik dari akaun TikTok tersebut telah tular menerusi tweet dari @hanishx. Berdasarkan video tersebut, Pak Utih memberikan tips kepada para bakal suami tentang cara-cara untuk memahami isteri dengan lebih baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Wahai lelaki, perempuan ni kadang-kadang dia tanya soalan tu ada makna lain tau. Soalan itu sebenarnya adalah kenyataan. Saya beri contoh, kata lah kita berjalan dalam kereta, kemudian dia bertanya ‘abang tak lapar ke?’ itu bukan soalan, itu sebenarnya menunjukkan dia lapar,” jelas Pak Utih.

Nasihat dari ‘otai’ ini menerima sambutan baik dari para netizen. Ramai di kalangan wanita juga bersetuju dengan tips-tips yang diberikan Pak Utih kerana katanya wanita memang suka berkias tapi suami sahaja yang tidak faham.

Benarkah wanita ni suka berkias dan complicated? Setiap orang itu berbeza-beza tetapi apa yang penting, nasihat dari Pak Utih ini boleh kita cuba, mana tahu boleh membawa manfaat. Hal ini kerana, Pak Utih juga telah menulis beberapa naskah buku tentang rumah tangga!

Jadi buat para bakal suami, kalau anda ingin menimba ilmu tentang tips-tips untuk memahami bakal isteri dengan lebih baik, boleh lah tonton video-video Pak Utih ini di akaun TikTok atau ke Facebook page beliau.

Untuk membaca cerita-cerita yang telah tular di media sosial, klik sahaja pada pautan di bawah.

‘Nasi Goreng, Kicap Manis, Terima Kasih’ – Bebelan Minions Dalam Bahasa Malaysia Curi Perhatian

Kemunculan Tiba-Tiba Abang Kepada Mail Dalam Upin Dan Ipin Buat Netizen Teruja