Nampaknya raya tahun ini kita masih perlu menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan meraikan Aidilfitri secara sederhana. Biarpun hanya meraikan bersama ahli keluarga terdekat, persiapan bagi menyambut Aidilfitri tidak harus diabaikan.

Kelengkapan rumah antara yang memainkan peranan penting membantu anda membuat persiapan Aidilfitri. Peralatan dapur yang lengkap memudahkan ibu menyediakan pelbagai lauk untuk dijamu tetamu dan ahli keluarga.

Mesin pembersih seperti vakum juga penting supaya si ayah dapat memastikan rumah dalam keadaan bersih. Sudah menjadi amalan untuk menggayakan pakaian terbaik ketika perayaan Aidilfitri, justeru mesin basuh dan pengering pastinya diperlukan untuk mencuci pakaian yang sudah dipakai ahli keluarga sepanjang hari.

Menawarkan pelbagai pilihan kelengkapan rumah, Senheng menerusi kempen Raya Penuh Bermakna memaparkan situasi keluarga Lila dan Irwan ketika Aidilifiti. Menampilkan beberapa jenis kelengkapan rumah yang boleh anda miliki sempena Aidilfitri, pastinya memberi inspirasi untuk lebih menceriakan raya anda tahun ini.

Bagi anda yang berminat mendapatkan kelengkapan rumah sempena Aidilfitri, Senheng mengadakan jualan dan tawaran hebat sempena kempen Raya Penuh Bermakna.

Tawaran istimewa Raya menampilkan pelbagai produk popular dengan promosi hebat seperti Penghawa Dingin TCL 1.5HP, PANASONIC 55” 4K HDR Android TV dan banyak lagi.

Kesemua produk yang ditawarkan layak untuk menikmati pelan bayaran mudah tanpa kadar faedah sehingga 36 bulan selain jaminan tambahan satu tahun dan penghantaran percuma.

Ansuran mudah

99882787-D69C-4093-BBFA-2857A3694132

Senheng juga menawarkan baucar tunai AEON RM30 untuk pelanggan yang memilih ansuran mudah AEON Credit Service. AEON Credit Service menawarkan dua tahun jaminan tambahan, ansuran bulanan serendah RM48, tempoh bayaran fleksibel sehingga 36 bulan dan memudahkan pelanggan kerana tidak memerlukan kad kredit ketika permohonan.

Selain itu, anda juga boleh menikmati lebih potongan harga sehingga RM150 untuk jenama dan jumlah perbelanjaan tertentu menggunakan kod promo yang boleh didapati secara dalam talian.

Pelbagai produk boleh dibeli pada harga lebih rendah menggunakan kod promo berkenaan seperti mesin basuh Samsung 14kg, peti sejuk LG 393L, seterika stim Philips dan banyak lagi. Kempen yang berlangsung sehingga 31 Mei ini juga menawarkan EZ Kredit Rebate sehingga 30 peratus untuk produk eksklusif terpilih.

Dapatkan produk menarik yang memberikan anda rebat EZ Kredit sehingga 30 peratus untuk Raya kali ini seperti kamera keselamatan TP-Link, pengering rambut Panasonic, set peralatan memasak Tefal dan banyak lagi.

Senheng turut mengadakan program tukar beli televisyen yang menawarkan rebat sehingga RM1,000 mengikut terma dan syarat. Setiap tawaran dan jualan hebat sempena kempen Raya Penuh Bermakna ini hanya layak dinikmati oleh ahli PlusOne sahaja.

Jadi, ayuh sertai PlusOne hari ini dengan membeli keahlian PlusOne berharga RM12 setahun untuk menikmati manfaat, jaminan ekstra satu tahun percuma dan hak istimewa eksklusif PlusOne. Tunggu apa lagi? Layari laman web Senheng untuk maklumat lanjut.

Nikmati data internet tanpa gangguan sehingga 100GB dengan pelan serendah RM28 sahaja. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Serendah RM28, Anda Berpeluang Nikmati Data Internet Tanpa Gangguan Sehingga 100GB

15 Tahun ‘Menganggur’, Lelaki Ini Masih Lagi Terima Gaji Penuh Dari Tempat Kerja Lamanya