Setiap tahun, ASUS sememangnya konsisten dalam menawarkan model-model terbaru menerusi siri yang diperkenalkan. Tahun ini tidak terkecuali apabila ASUS secara rasminya telah melancarkan dua model kemas kini menerusi siri ASUS Zenbook 14 iaitu ASUS Zenbook 14X OLED dan ASUS Zenbook 14 Flip.

Dua model ini berjaya membawa keunikan yang tersendiri di mana model ini bukan sahaja nipis, ringan dan mudah dibawa, malah turut mementingkan spesifikasi yang hebat untuk kegunaan golongan profesional.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

ASUS Zenbook 14X OLED

Mulai ditawarkan beberapa tahun lalu, model keluaran tahun ini nampaknya tampil dengan kemas kini yang lebih mantap buat para pengguna.

Hadir dengan berat serendah 1.5kg serta ketebalan 16.9mm sahaja serta menggunakan material bergred ketenteraan, model ini pastinya menajdi pilihan buat mereka yang kerap bekerja secara on the go.

Berbincang mengenai spesifikasi, ASUS Zenbook 14X OLED berjaya menawarkan apa yang dimahukan sejumlah besar pengguna khususnya golongan profesional. Model ini hadir dengan penggunaan beberapa model processor Intel generasi ke-13 di mana model tertinggi dikuasakan oleh processor Intel Core i9-13900H.

Dari segi skrin, pengguna bakal menikamti paparan 2.8K OLED beserta refresh rate sehingga 120Hz menerusi skrin 14.5-inci. Sokongan 100% DCI-P3 color gamut bakal menawarkan antara paparan yang pengguna boleh nikmati pada sebuah komputer riba.

Nak tahu apa yang lebih menarik? Model ini turut ditawarkan bersama kad grafik GeForce RTX 3050 beserta RAM 32GB dan juga ruang storan sehingga 1TB. Serius hebat!

ASUS Zenbook 14 Flip

Sesuai dengan namanya, model ini menawarkan keunikan menerusi bahagian skrin di mana pengguna berpeluang melaraskan skrin sehingga hampir 360 darjah.

Bukan itu sahaja, skrin sesentuh 14-inci yang hadir ini turut dilengkapi dengan paparan 2.8K OLED dalam menawarkan paparan terbaik buat para pengguna.

Dari segi spesifikasi, model ini dikuasakan oleh processor Intel Core i5-13400P, 16GB RAM dan juga ruang storan SSD 512GB. Sokongan pengecasan pantas turut ditawarkan di mana para pengguna berpeluang mengecas 0% – 60% dalam tempoh 49 minit sahaja.

Harga

Mengulas mengenai harga, ASUS Zenbook 14X OLED sedia ditawarkan bermula harga RM4,999 manakala ASUS Zenbook 14 Flip pula hadir dengan harga RM5,499.

Para pengguna berpeluang mendapatkan ASUS Zenbook 14X OLED memandangkan model ini sudah mulai ditawarkan di pasaran manakala ASUS Zenbook 14 Flip pula dijangka bakal ditawarkan di pasaran menjelang hujung Mac ini.

Sekiranya anda mencari sebuah model yang serba lengkap, canggih, ringan dan juga premium, mungkin dua model ini antara yang boleh anda pertimbangkan mengikut kegunaan anda.