Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mengikuti peredaran zaman, teknologi makin maju dan memudahkan kehidupan seharian manusia. Pada 4 tahun lalu, pemasangan ‘Smart Meter’ di Melaka telah menjadi topik hangat netizen dimana inisiatif ini dilihat sedikit sebanyak memberikan kebaikan kepada penggunanya.

Untuk pengetahuan anda, pemasangan ‘Smart Meter’ di seluruh Malaysia oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menambahbaik kehidupan pengguna melalui penyediaan akses, ketelusan dan juga kawalan yang lebih baik terhadap penggunaan tenaga harian mereka.

Kini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan bahawa satu juta ‘Smart Meter’ telah dipasang di Melaka dan Lembah Klang serta akan mensasarkan lebih banyak tempat untuk dipasang sepanjang tahun ini.

Posting BM

Bagi anda yang tidak tahu, ‘Smart Meter’ diwujudkan bagi membetulkan segala kejanggalan dari segi pembilan serta penggunaan supaya pelanggan mendapat nikmat daripada penggunaan yang sebetulnya.

Kiranya, pengguna dapat memantau dan mengawal penggunaan eletrik di rumah mereka. Bukan itu sahaja, para pengguna turut dapat menyemak bil sendiri tanpa perlu menunggu bil tiba di rumah.

Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Datuk Ir. Baharin bin Din berkata dirinya berbangga dengan kemajuan TNB selaras dengan sasaran pemasangan sebanyak 1.5 juta unit menjelang penghujung tahun 2021 walaupun berdepan cabaran pada tahun lepas.

doc730ldz2p5wwmijztg2z

Sumber: The Star

Tambahnya, pihak TNB berharap dapat melihat lebih ramai pelanggan mengambil langkah memantau kehidupan mereka menerusi penggunaan ‘Smart Meter’ dan membuat pilihan dengan memilih cekap tenaga demi kebaikan bersama untuk masa depan yang lebih hijau dan tenaga yang lebih lestari.

TNB turut merekodkan peningkatan jumlah pengguna myTNB yang ketara,
daripada 1.4 juta kepada 4.7 juta, iaitu 236% peningkatan daripada Disember
2019 hingga Disember 2020. Malah, Platform myTNB membolehkan pemilik rumah menyemak dan membayar bil mereka secara digital.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Smart Meter’, layari laman sesawang ini dan muat turun aplikasi myTNB di telefon pintar anda.