Media sosial sudah menjadi medium untuk mendapatkan berita dengan pantas. Kini, lebih mudah untuk anda mendapatkan maklumat melalui berita dalam satu aplikasi.

Terbaharu, satu aplikasi berita yang dikenali sebagai Lumi News Malaysia telah diperkenalkan dan anda boleh mendapatkan berita terkini dengan pantas yang dilaporkan oleh lebih 30 penerbit berita berkualiti seperti New Straits Times, Free Malaysia Today, The Vocket, Berita Harian, Harian Metro, SAYS, The Rakyat Post, Cilisos, SoyaCincau dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aplikasi Lumi News Malaysia ini boleh dimuat turun secara percuma dengan membuat pencarian ‘Lumi News Malaysia’ di Google Play Store dan Apple App Store.

Difahamkan, ciri ‘Berita Baik’ di Lumi membolehkan pengguna disajikan dengan senarai berita terkini yang memberi inspirasi, optimistik, mencuit hati dan menggembirakan, sebaik sahaja mereka membuka aplikasi Lumi.

Malah, pengguna juga boleh memilih untuk menerima pemberitahuan untuk berita baik sahaja, atau disertakan dengan pemberitahuan berita lain. Justeru itu, Lumi memberikan orang ramai akses terus tanpa gangguan kepada sumber-sumber berita yang mereka ketahui dan percayai, semuanya dalam satu aplikasi.

Bukan itu sahaja, Lumi turut mempunyai paparan khas COVID-19 yang menunjukkan kadar vaksinasi harian, perkembangan vaksinasi dan statistik kes di setiap negeri.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Tular Dakwaan Tahan Pesakit ‘Sihat’ Di ICU, Ini Jawapan KKM

Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Dakwa Upin & Ipin Adalah ‘Alat’ Propaganda Dari Malaysia

Petinju Transgender Berdepan Kritikan Selepas Menang Perlawanan Sulung MMA