Sebut mengenai HUAWEI pastinya ramai cukup tahu dengan jenama popular ini. Berjaya menawarkan seleksi produk terdiri daripada telefon pintar, tablet, komputer riba dan pelbagai barangan elektronik membuatkan jenama ini dikenali ramai dan menjadi pilihan.

Terbaharu, HUAWEI berjaya meneruskan lagi siri HUAWEI MatePad menerusi model terbaru mereka iaitu HUAWEI MatePad Pro 11. Menariknya menerusi model terbaru ini, HUAWEI berjaya menawarkan sebuah model paling ringan dan ternipis bagi kategori tablet 11-inci.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengulas mengenai paparan, model ini dilengkapkan dengan skrin 11-inci OLED FullView Display2 beserta 120Hz refresh rate yang pastinya membuatkan pengalaman penggunaan model ini lebih menarik untuk digunakan.

HUAWEI MatePad Pro 11 juga disasarkan buat golongan yang kerap bekerja secara on the go di mana model ini berjaya ditawarkan dengan saiz 5.9mm ketebalan dan seberat 449 gram sahaja.

Bukan itu sahaja, model ini turut ditawarkan bersama dengan M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard yang bakal memudahkan tugas pengguna dalam menyelesaikan kerja seharian. Penawaran bateri berkapasiti 8,300mAh pastinya membantu pengguna dalam menawarkan tontonan video 1080p HD sehingga 11.5jam dan 8.5 jam pelayaran internet.

Berbincang mengenai harga, model ini berjaya ditawarkan dengan harga berbaloi iaitu RM2,999 bagi model 8GB RAM dan 128GB ruang storan beserta sokongan WiFi. Model yang ditawarkan bersama 8GB RAM dan 256GB ruang storan beserta sokongan LTE sedia ditawarkan pada harga RM3,699.

Lebih menarik, HUAWEI sedia menawarkan hadiah istimewa buat para pembeli dengan penawaran HUAWEI M-Pencil bernilai RM499, HUAWEI Smart Magnetic Keyboard bernilai RM799 dan juga hadiah HMS.

Para peminat berpeluang mendapatkan HUAWEI MatePad Pro 11 seawal 19 Ogos ini apabila sedia ditawarkan secara rasmi. Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI MatePad Pro 11 dengan klik di sini.

Ketahui lebih lanjut mengenai komputer riba yang baru sahaja diperkenalkan HUAWEI baru-baru ini iaitu HUAWEI MateBook D16 yang sesuai dijadikan pilihan buat golongan bekerja.

Dilengkapi Skrin Besar Dan Ringan, HUAWEI MateBook D16 Jadi Pilihan Golongan Bekerja

9 Produk Terbaru Yang Diumumkan Sempena Pelancaran HUAWEI APAC Smart Office