Berbaki sebulan sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi siri terbaru Samsung Galaxy Note, nampaknya tiba giliran model flagship Samsung Galaxy Note 20 pula tertiris.

Apa yang sedikit berbeza berbanding gambar tertiris sebelum ini yang menerusi pihak ketiga, pihak Samsung pada kali ini seolah sengaja mempamerkan rekaan terbaru Galaxy Note 20 Ultra menerusi laman web Samsung Russia.

Eb4GAwvVcAA5eNK
Sumber: Twitter Ice Universe

Meskipun tidak dinyatakan model rasmi yang tertiris, para penganalisa berpendapat model yang tertiris ini adalah daripada siri Samsung Galaxy Note 20. Menariknya, model pada kali ini dilihat lari daripada kebiasaan dengan menawarkan warna Mystic Bronze yang tampak lebih premium dan eksklusif.

Untuk pengetahuan, model upgrade daripada Samsung Galaxy Note 10 pada tahun lalu ini dinamakan sebagai Samsung Galaxy Note 20 berikutan Samsung mampu menyelaras nama model mengikut tahun sekaligus nama Samsung Galaxy Note 11 tidak dipilih.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan spesifikasi rasmi bagi model ini. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi daripada pihak Samsung menjelang Ogos nanti.

Ketahui juga mengenai kehadiran wallpaper ini yang mampu membuatkan telefon pintar keluaran Samsung gagal berfungsi.

‘Wallpaper’ Ini Mampu Buatkan Telefon Pintar Keluaran Samsung Gagal Berfungsi?

Amerika Syarikat Pilih Samsung S20 Tactical Edition Untuk Kegunaan Tentera Elit

 

Sumber