Kata orang sekiranya anda sudah pernah menggunakan iOS, anda tidak lagi akan beralih kepada Android. Ekosistem yang ditawarkan Apple antara yang membuatkan pengguna iOS terus setia menjadi pengguna tetap sistem operasi daripada Apple ini.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan daripda TechCrunch, hasil kajian menunjukkan sebaliknya. Berdasarkan hasil kajian yang dibuat, sebanyak 91% pengguna setia dengan smartphone Android berbanding 86% pengguna daripada iOS.

web_samsunggalaxys8_versus_iphone7_lead

Kesetiaan kepada sistem operasi ini ternyata telah beralih tangan sejak beberapa tahun yang lalu. Semenjak 2013, iOS merupakan sistem operasi yang berjaya mengikat majoriti pengguna sehingga awal Januari 2016 dimana Android mula menjadi pilihan.

Dikatakan punca utama kesetiaan kepada Android meningkat berikutan harga yang ditawarkan Apple buat iPhone. Berbeza dengan Android dimana para pengguna tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkannya sekaligus meningkatkan peluang bekas pengguna iOS beralih kepada Android.

google_pixel_vs_apple_iphone_7-1

Bagaimana pula dengan anda? Sistem operasi manakah yang masih menjadi pilihan anda sehingga kini?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group