Sebelum ini, pelakon veteran Wan Maimunah terpaksa mengemis bayaran selepas pihak produksi tidak membayar hasil kerja kerasnya, kini pelakon veteran Norlia Ghani pula tidak menerima bayaran.
Menerusi perkongsian Norlia di Instagram miliknya, dia mendedahkan bahawa dirinya tidak menerima bayaran walaupun sudah selesai menjalankan tugasnya.
Baca Juga:
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
Menurutnya, projek tersebut telah selesai pada bulan Ramadan lalu tetapi dirinya tidak menerima bayaran walaupun sedikit dan mempersoalkan sama ada produksi tersebut mempunyai wang atau tidak.
Malah, Norlia juga meluahkan rasa kesal kerana dia telah penat bekerja tetapi tidak menerima sebarang bayaran. Susulan perkongsiannya itu, rakan selebriti dan juga segelintir netizen berasa kasihan dan berharap pihak produksi terbabit akan memberikan bayaran Norlia.
Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak produksi terbabit.