Umum tahu China merupakan negara terawal munculnya wabak COVID-19. Negara ini juga walau bagaimanapun berjaya menjadi antara negara terawal mengumumkan mereka bebas daripada wabak COVID-19 serta menamatkan lockdown.

Siapa sangka setelah lebih sebulan menamatkan lockdown, China kembali diserang dengan wabak ini. Menerusi laporan terbaru, sebanyak 5 kes terbaru telah direkodkan namun tiada kes kematian setakat ini.

3895
Sumber: the guardian

Lebih menakutkan, difahamkan wabak yang menyerang China pada kali ini merupakan mutasi terbaru daripada wabak COVID-19 sedia ada. Menerusi wabak terbaru ini, penyakit tidak lagi dijangkati sesama manusia namun merebak melalui haiwan yang mempunyai penyakit. Kehadiran wabak terbaru COVID-19 ini sekaligus membuatkan jumlah mutasi wabak ini kepada tujuh jenis setakat ini.

Menerusi isu yang berlaku, China memilih untuk menjalankan lockdown di wilayah Jilin yang menempatkan lebih 100 juta penduduk setelah dilabel zon merah. Selain itu, lebih 40,000 penduduk di wilayah ini telah disaring dengan ujian COVID-19 dalam usaha mengelakkan penyebaran wabak ini.

1440x810_cmsv2_f96d8682-0d8b-5126-a880-582eb8870d6b-4661346
Sumber: Euronews

Meskipun kembali diserang wabak COVID-19, media di China melaporkan wabak ini masih boleh dicegah dan dikawal. Melihat kepada situasi semasa, kemungkinan besar wabak COVID-19 bakal mengambil masa yang lebih panjang daripada yang dijangkakan dalam menjamin wabak ini bebas sepenuhnya seluruh dunia.

Dilaporkan segelintir warga China rai bebas COVID-19 pada penghujung Mei lalu dengan membuka semula pasar basah haiwan eksotik di Wuhan.

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Bebas Daripada COVID-19, Pelancong China Sedia Untuk ‘Travel’ Semula Seawal April Ini

Doktor Yang Dilarang Sebar Kes COVID-19 Kini Terima Penghargaan Tertinggi Kerajaan China