Tidak dapat dinafikan filem dan drama Korea sudah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia walaupun bukanlah peminat fanatik. Sering menghidangkan kandungan yang berlainan kepada penonton, tidak hairanlah filem dan drama Korea berjaya mencuri tumpuan.

Terbaharu, Netflix baru sahaja berkongsi trailer drama bersiri Sweet Home yang mengisahkan tentang manusia yang bertukar menjadi ‘raksasa’ apabila dijangkiti dengan ‘virus’.

Sweet Home ini diadaptasi dari webtoon karya Kim Kan-bi dan Hwang Young-chan. Melalui trailer, kita dapat lihat mereka yang dijangkiti akan mengalami simptom mengerikan seperti hipotermia, hidung berdarah dan halusinasi pendengaran atau visual.

Adakah mereka dapat menyelamatkan diri? Saksikan dahulu trailer ini sementara menantikan drama bersiri ini ditayangkan di Netflix secara rasmi pada 18 Disember 2020.

Sementara itu, buat anda yang masih belum menonton filem The Call, anda boleh klik pautan di bawah untuk baca ulasan kami.

‘Trending’ Di Netflix, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Patut Tonton Filem The Call

5 Drama Korea ‘Ongoing’ Yang Anda Boleh Layan Sepanjang PKPB Di Rumah

10 Drama Korea Terbaik Bertemakan ‘Time Travel’ Yang Wajib Anda Tonton