Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut mengenai pengangkutan awam, pastinya orang ramai cukup tahu di mana servis pengangkutan awam ini tersedia buat semua pihak tanpa diskriminasi kepada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, masih terdapat beberapa lokasi yang tidak mempunyai fasiliti yang lengkap dan berfungsi dalam membantu golongan OKU mengakses servis pengangkutan awam dengan mudah dan lancar.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Terbaharu, tular di Twitter apabila seorang pengguna @xXpearlyXx mengongsikan realiti yang terpaksa dilalui golongan OKU yang terpaksa memanjat tangga sambil bertongkat kiri dan kanan berikutan eskalator dan lif stesen Ampang Park yang rosak. Lebih mengejutkan, eskalator dan lif di stesen ini dilaporkan sudah setahun didapati rosak.

Di sebalik kerosakan yang berlaku, perhatian netizen nampaknya lebih tertumpu terhadap respon @AskRapidKL yang memaklumkan agar yang mereka yang memerlukan bantuan memaklumkan pihak staf di kaunter.

Respon yang diberikan nyata membuat para netizen berang dan bingung memikirkan solusi yang boleh dilakukan para staf dalam membantu individu OKU memanjat tangga yang tinggi. Tidak kurang juga bertanyakan sama ada kaunter staf tersedia di tingkat atas atau pada tingkat bawah dalam membolehkan golongan OKU mendapatkan bantuan.

Sehubungan dengan itu, para netizen mengharapkan agar pihak admin Rapid KL tampil dengan jawapan yang lebih buat untuk bacaan para netizen serta mengharapkan eskalator dan lif di stesen Ampang Park segera dibaiki dalam membantu golongan OKU dan warga emas mengakses pengangkutan awam dengan mudah.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini menerima sekumpulan tetamu yang tidak dikenali datang beraya sebelum mendapati beg tangannya diselongkar.

Didakwa Selongkar Beg Tuan Rumah Sewaktu Datang Beraya, Wanita Ini Kongsi Insiden Yang Berlaku

Tertunggak Yuran ‘Maintenance’ Punca Dihalang Masuk Rumah, Awal Ashaari Mengaku Alih Palang Pagar