Umpama merentasi awan, itulah gambaran paling dekat boleh diberikan jika anda melalui Jambatan Millau yang terletak di bahagian Selatan Perancis ini. Jambatan Millau atau di dalam bahasa Perancis disebut Viaduc de Millau ini telah dinobatkan sebagai jambatan paling tinggi di dunia. Dengan ketinggian keseluruhan setinggi 2460 meter, secara langsung Jambatan Millau ini telah melebihi ketinggian Menara Eiffel di Perancis.

Jambatan tertinggi di dunia ini dibina bagi memudahkan perjalanan dari bandar Paris ke Barcelona. Sebelum jambatan ini dibina, pengguna yang menggunakan jalan daripada Sepanyol ke Paris terpaksa mengharungi kesesakan trafik di kawasan Lembah Tarn berdekatan bandar Millau yang sering berlaku terutamanya pada cuti musim panas. Disebabkan perkara ini, rancangan untuk membina jambatan ini dimulakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jambatan Millau merupakan jambatan jalan yang bersanggahkan kabel, projek pembinaan jambatan ini dirancang oleh seorang juruteknik Perancis bernama Michel Virlogeux dengan kerjasama seorang arkitek dari Britain, Lord Foster. Yang uniknya, reka bentuk Jambatan Millau dilengkapi dengan kaca telus cahaya yang aerodinamik berfungsi untuk melindungi kenderaan dari diterpa angin kuat.

2

4

Jambatan Millau mula dibangunkan pada 16 Oktober 2001 dan siap dibina pada 14 Disember 2004, namun secara rasminya jambatan ini dibuka kepada umum adalah pada 16 Disember 2004. Untuk membangunkan jambatan tertinggi di dunia ini, ia mengambil masa lebih kurang 3 tahun sahaja untuk siap dibina sepenuhnya.

Jika anda mahu bergerak dari Paris ke Barcelona, memilih jambatan paling tinggi di dunia ini sebagai laluan adalah satu pengalaman yang tak wajar dilepaskan.

BACA JUGA: Hong Kong Bakal Membuka Jambatan Laut Terpanjang Di Dunia Pada Tahun Ini