Baru-baru ini pelakon terkenal tanah air, Nelydia Senrose telah memfailkan rayuan atas keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang memerintahkan beliau untuk membayar RM89,144.03 kepada syarikat kosmetik, Chriszen Malaysia Sdn Bhd.

Perkara tersebut susulan atas kemenangan syarikat kosmetik berkenaan dalam kes saman terhadap pelakon tersebut beberapa bulan yang lalu. Menurut laporan Sinar Harian, Nelydia menjelaskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah melakukan kesilapan terhadap fakta kes tersebut di mana Perjanjian Duta Jenama yang bertarikh 21 Disember 2018 telah pun dipenuhi.

Difahamkan, pihaknya masih dalam tempoh untuk menyempurnakan terma perjanjian yang belum tamat tempoh. Menerusi rayuan yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 26 Oktober yang lalu, perayu atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen telah mengatakan keputusan yang dibuat adalah atas kekhilafan hakim itu sendiri.

Demikian kerana hakim tidak memberikan pertimbangan yang sepatutnya walaupun perayu sudah melaksanakan kewajipannya dalam perjanjian yang dimeterai.

Kekhilafan tersebut termasuklah perayu harus membayar ganti rugi pada majlis responden kerana perayu gagal menghadirkan diri ke suatu acara sedangkan perayu sudah pun memberi notis pemberitahuan beliau tidak dapat hadiri majlis tersebut malah, notis tersebut telah diterima oleh syarikat tersebut.

Menurut hakim Mahkamah Sesyen, Shamsudin Abdullah berkata keputusan dibuat selepas mendapati pelakon tersebut tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasnya apabila beliau mengutamakan bulan madu perkahwinanya daripada mematuhi perjanjian sebagai duta jenama tersebut.

“Mahkamah mendapati defendan lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama berkenaan.

“Oleh itu, mahkamah mendapati alasan sebenar mengapa beliau tidak menghadiri acara pelancaran produk Chriszen adalah kerana bulan madu dan bukan kerana plaintif (Chriszen) tidak memberi notis secukupnya,” katanya.

Baca juga perkongsian kami yang menarik pada minggu ini pada pautan di bawah.

Comel Tetapi Garang, Video Kucing Marah Bila Dimandikan Ini Raih Sejuta Tontonan

14 Tahun Berlalu, ‘Peragut’ Terharu Aksinya Bersama Wan Maimunah Masih Diingati

Kenali Han Ji-sung, Idol K-pop Yang Pernah Menetap Dan Belajar Di Malaysia