Lebuh raya pertama Kelantan dibuka untuk laluan kenderaan orang ramai semalam. Lebuh raya pakej pertama 1B Pasir Hor ke Kadok ini dikawal selia oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek yang bernilai RM1.8 juta ini terdiri daripada 3 fasa sepanjang 73 kilometer dan dikelaskan sebagai lebuh raya gred R5 dengan kelebaran minimum 3.5 meter dan berketinggian 6 meter dari aras tanah. Pembinaan lebuh raya ini dikatakan sebagai lebuh raya mesra pengguna yang turut memberi ruang kepada pesawah dengan lima terowong kecil atau vehicular box culvert (VBC).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dua lagi projek sedang dibina iaitu projek 2A sejauh 6.4 kilometer yang dijangkakan siap pada November ini dan pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas sejauh 7 kilometer. Untuk pengetahuan, kedua-dua projek ini diusahakan oleh Syarikat Kontraktor Chengal Jati.