Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa jika kutipan tol tidak dijalankan, maka pihak kerajaan mungkin akan menaikkan harga petrol.

Menurut Tun Mahathir, ianya merupakan sesuatu yang mustahil untuk membina lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol dan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan sebelum ini yang terkandung akan pemansuhan tol ditentang oleh beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar.”

“Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,” katanya kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di sini pada Khamis.

Akan tetapi, untuk memberikan kemenangan buat Pakatan Harapan, beliau merasakan jika ingin memberikan laluan lebuh raya percuma tanpa tol, cara yang terbaik adalah dengan menaikkan harga petrol.

Tambahnya, jika kerajaan memansuhkan tol dan menaikkan harga petrol, ianya akan turut melibatkan rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya yang juga perlu membayar harga petrol yang naik.

Tun Mahathir sebelum ini berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menyemak semula beberapa perkara yang diikrarkan oleh sebab sebahagiannya akan mengakibatkan kerugian yang sangat besar jika dilaksanakan.

Bagi anda di luar sana, adakah anda setuju untuk menghapuskan tol tetapi menaikkan harga petrol sedia ada?

Sumber