Ini berita baik kepada mereka yang tidak tahu mahu tulis buku apa.

“Bukan pakar tidak mengapa, asalkan ilmu itu betul.”

Saya menjadikan cerita Lee Beadling sebagai jawapan kepada mereka yang tidak menulis atas alasan, “Saya bukan pakar”.

Cerita ini saya sampaikan sejak tahun 2005 sehingga hari ini.

Dr. Stuart E Fromm merupakan seorang doktor. Antara hasil penulisan beliau dibantu oleh seorang yang bukan pakar bernama Lee Beadling.

Siapakah Lee Beadling?

Lee Beadling merupakan seorang penulis bebas yang tersohor di Amerika Syarikat.

Salah satu artikelnya yang menarik perhatian pembaca bertajuk ‘Man With The Baby’.

Kisahnya sungguh unik yang menggambarkan bagaimana dia menjadi seorang penulis bebas yang dikenali pakar dalam bidang kesihatan dan perubatan, khususnya dalam bidang ortopedik.

Tetapi dia bukanlah seorang doktor dan tiada apa-apa kelulusan dari mana-mana institusi perubatan dunia yang mengesahkan kelayakannya.

Mula bekerja

Apabila menamatkan pengajian di kolej, dia bekerja sebagai penulis staf di sebuah majalah, Orthopedics Today.

Dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang tersebut dan pada masa yang sama tidak meminatinya.

Beadling tetap mahu menulis, ketika itu dia telah berumah tangga dan baru bergelar ayah.

Jadi dia memerlukan pekerjaan.

Mempelajari ilmu ortopedik

Dia mempelajari ilmu ortopedik dengan menghadiri konferen, mendengar ucapan-ucapan mereka, membaca kertas kerja mereka, menyoal mereka dan merujuk kepada bahan bacaan lain seperti kamus perubatan Dorland.

Dia menulis lapan jam sehari.

Lima hari seminggu dikhususkan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang kajian terbaru dan perubatan serta mencari berita-berita dari sumber kerajaan dan agensi lain yang berkaitan dengan bidang ortopedik.

Hari ini sebagaimana digambarkannya, “Saya dikenali dan dihormati oleh mereka dan ada yang meminta saya menuliskan ucapan untuk mereka.”

Berhenti kerja

Beadling berhenti dan menjadi penulis bebas bukan sahaja untuk majalah Orthopedics Today, pada masa yang sama terdapat badan-badan berkaitan memintanya menulis tentang bidang tersebut bagi tujuan kenyataan akhbar.

Tuan dan puan dapat menjadi Lee Beadling dalam acuan sendiri.

Ada seorang yang seperti Lee Beadling, bekas kakitangan awam, jawatan terakhir sebagai kerani senior di JPJ. Beliau seorang ibu bernama Puteri Nur, penulis buku Pramatang. Buku pun sudah diulang cetak dan disarankan oleh pakar untuk bacaan ibu-bapa.

Kemahuan mengatasi situasi asalkan mahu (dorongan) dan tahu (ilmu yang betul).

Jika ini berita baik, hadiahkan share agar ramai dapat inspirasi.

Boleh?