Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ada satu rasa teruja bilamana sebuah jenama pengeluar raket badminton terkenal, YONEX mula menceburi bidang pembuatan basikal.

Tidak pasti apa mimpi yang membuatkan YONEX mahu menceburi bidang sukan ini. Namun, jika anda mempunyai kepakaran di dalam teknologi serat karbon, rugi rasanya jika kepakaran itu digunakan untuk satu kepentingan sahaja.

YONEX

Untuk pengehauan anda, YONEX mula menceburi bidang pembuatan basikal sejak beberapa tahun yang lalu. Kini di dalam katalog Yonex, mereka mempunyai lima buah basikal dengan kesemuanya hadir dengan teknologi moden yang membantu penunggang untuk bergerak lebih pantas.

Yonex juga dikatakan sudah menaja pelbagai pasukan profesional di Jepun. Selain itu, basikal keluaran Yonex juga dikatakan sudah dipamerkan di pelbagai jenis pameran dan kini sedang giat dipromosikan.

YONEX

Di Malaysia pula, orang yang bertanggungjawab memberi pendedahan kepada umum mengenai basikal keluaran YONEX adalah Datuk Wira Lee Chong Wei. Mengikut gambar yang tular di media sosial, Chong Wei kelihatan memakai basikal keluaran YONEX jenis AEROFLIGHT yang mempunyai berat 836 gram dan berharga hampir RM30,000.

Tidak pasti adakah basikal ini dibeli oleh Chong Wei atau pun diberi secara percuma kepada bekas pemain nombor satu dunia tersebut. Namun di dalam satu temubual bersama wartawan Astro Arena pada bulan Mei tahun ini, Chong Wei mendedahkan bahawa dia sedang menunggu ketibaan basikal baharunya ini.

YONEX

Selain daripada AEROFLIGHT, jenama yang bertapak dari tahun 1946 ini ada mengeluarkan basikal lain jenis CARBONEX, CARBONEX DISC, CARBONEXHR dan yang terakhir sekali adalah CARBONEX HR DISC, basikal paling mahal keluaran YONEX yang mencecah sehingga RM44,000 untuk badan sahaja.

Kini YONEX tidak lagi tertumpu kepada sukan seperti Badminton mahupun Tennis. Syarikat yang sudah berumur 75 tahun ini kini sedang menceburi bidang sukan golf dan papan luncur salji. Mungkin selepas itu YONEX akan berkembang jauh lagi dalam industri sukan dan berdiri setaraf dengan jenama-jenama besar yang lain.

Benarkah Lee Chong Wei memiliki jumlah aset bernilai RM300 juta? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Benarkah Lee Chong Wei Memiliki Jumlah Aset Bernilai RM300 Juta?

Menang Di Kejuaraan Kanada 6 Tahun Lalu, Lee Chong Wei Dedah ‘Rahsia’ Kemenangannya

Datuk Lee Chong Wei Disahkan Menghidap Kanser Hidung

Anda Mungkin Suka