Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bebas untuk kembali ke gelanggang kompetitif mulai 1 Mei apabila diumumkan bahawa pergantunggan ujian doping beliau pada Ogos tahun lalu akan ditamatkan.

Ini bermakna bahawa Chong Wei mampu mengambil tempatnya dalam tiga kejohanan utama yang akan datang iaitu Piala Sudirman di Dongguan dari 10-17 Mei, Sukan SEA di Singapura pada bulan Jun dan Kejohanan Dunia di Jakarta pada bulan Ogos.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada 11 April, jaguh perseorangan negara itu menghadiri prosiding kes dopingnya yang didengar tiga anggota panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Amsterdam dan keputusan bakal diketahui dalam tempoh tiga minggu daripada tarikh perbicaraan.

“Pihak panel yakin bahawa ini bukan kes doping dengan niat untuk menipu”, kata anggota panel tersebut hari ini.

Panel Pendengaran Doping BWF juga menyifatkan bahawa pergantunggan selama lapan bulan itu adil dan benar untuk diambil kira pada tarikh pengambilan sampel ujian doping tersebut pada 30 April 2014.

Chong Wei, 33, digantung sementara oleh BWF sejak 11 Nov 2014 selepas didapati menggunakan bahan terlarang jenis ‘Dexamethasone’ ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, pada Ogos tahun lalu

Keputusan mengenai ujian doping Chong Wei dikeluarkan setelah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin membuat pengumuman mengenai nasib bekas No.1 dunia itu di pejabat beliau di Putrajaya hari ini.

Sumber: Stadiumastro

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram