Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-62 tahun ini. Terbaharu, Dato’ Lee Chong Wei telah berkongsi di laman sosial Facebooknya tentang betapa kecewanya beliau apabila isu perkauman sengaja dibangkitkan dan ada segelintir rakyat Malaysia yang bergaduh antara satu sama lain berkaitan isu tersebut.

Menurut perkongsian tersebut, beliau berasa sedih dengan keadaan sekarang kerana disebabkan satu isu kecil yang boleh diselesaikan apabila bertolak ansur menjadi besar. Malah, ini bukanlah Malaysia yang beliau perjuangkan sebelum ini.

Nama Dato’ Lee Chong Wei tidak asing lagi dalam arena sukan kita kerana beliau berjaya mengharumkan nama negara kita di persada antarabangsa. Beliau juga berkongsi satu moment dalam hidup beliau yang masih lagi segar dalam ingatannya.

Ketika pertemuan beliau dan Lin Dan dalam perlawanan akhir Malaysian Open 2006, boleh dikatakan waktu itu beliau sudah hampir tewas dan ingin berputus asa kerana ketinggalan 7 mata di belakang.

Adakah anda tahu apa yang menyebabkan beliau bangkit untuk terus berjuang? Kerana sokongan anda, beliau bangkit dan menjadi juara agar harapan anda tidak menjadi sia-sia.

View this post on Instagram

最近的社交媒体充斥着暴力和仇恨的语言,这,并不是我熟悉的马来西亚。 2006年大马公开赛决赛,我和林丹的比分来到了13-20,我落后林丹整整7分!当时的我很累很沮丧,在我濒临放弃的时候,我抬头,看到了全马来西亚人不分你我,全民同心,都在为我加油鼓励,Lee Chong Wei ,  Malaysia Boleh,这几个字围绕着整个球场仿佛劝我不要放弃! 我爱的马来西亚真的很美。所以, 别让董总课题、爪夷文书法鉴赏这样的小问题撕裂我们, 别让那些传播种族仇恨的小人扰乱我国的秩序, 别让麻木不仁的人牵着我们的鼻子走, 别让外来的负面消息影响我们的国家,我们的人民团结。 还记得1992年当马来西亚第一次拿下汤姆斯杯冠军的时候吗?那时候的球队经理是Punch Gunalan,队长是Razif,我们还有最全面Rashid,最有战斗力的傅国强,还有搭配谢顺吉拿下关键一分的苏明强;最后一球落下,当时电视前或在Mamak档看比赛的大家相互拥抱,全民欢腾举国同庆,这就是美丽的多元种族马来西亚,不要扼杀了它的美好。 我爱我的国家,有国才有家。 明天就是831马来西亚独立日, 让我们手牵手,把马来西亚的多元美好进行到底。Tanah tumpahnya darah ku.🇲🇾 #happymerdeka2019 #wearemalaysian #spreadlovenothate #malaysiaismycountry #iamleechongwei

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Menurut Dato’ Lee Chong Wei, waktu beliau sudah mula ingin berputus asa, beliau melihat ke arah penyokong dan dapat melihat budak perempuan berbangsa Melayu sedang menutup mata dan berdoa untuk beliau.

Selain itu, beliau juga melihat budak perempuan berbangsa India sedang menangis dan beliau menganggap budak tersebut menangis untuknya. Malah, dilihatnya juga seorang budak lelaki berbangsa Cina yang bersorak namanya untuk terus berusaha.

Justeru itu, beliau tahu bahawa beliau tidak boleh berputus asa kerana seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaannya. Bagi Dato’ Lee Chong Wei, Malaysia terdiri daripada kawan, ‘ah ne’, dan ‘heng dai’.

Malah, Malaysia adalah tempat di mana beliau makan roti canai untuk sarapan, nasi lemak untuk makan tengahari dan char koey tiao untuk makan malam. Kepelbagaian kaum dan keharmonian yang ada menjadi kita unik sebagai rakyat Malaysia.

Diharap dengan perkongsian oleh Dato’ Lee Chong Wei dapat membuka mata anda untuk tidak mengambil perkara yang kecil dan diperbesarkan hingga boleh menggugat keamanan dan keharmonian yang telah ada sebelum ini. Kalau kita boleh bersatu ketika menyokong sukan badminton, kenapa tidak di waktu lain?

Adakah anda tahu isu apa yang sedang buah mulut rakyat Malaysia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

Lim Kim Yew Mohon Maaf Isu ‘Hina’ Jalur Gemilang

5 Senarai Promosi Menarik Sempena Hari Merdeka Esok

Anda Mungkin Suka