Sebuah akaun TikTok dari Indonesia dengan nama @mainraket melaporkan bahawa Datuk Lee Chong Wei, lagenda badminton Malaysia adalah atlet badminton terkaya di dunia dengan kekayaan mencapai USD $75 juta (RM330 juta).

@mainraket meletakkan Chong Wei sebagai pemain badminton paling kaya di dunia mengalahkan musuh tradisi dari China, Lin Dan di tempat kedua dengan kekayaan USD$ 33 juta, ketiga Chen Long juga dari China (USD $22 juta), manakala keempat dan kelima dihuni oleh atlet India, Pusarla Sindhu (USD $8.5 juta) dan Saina Nehwal (USD $4 juta)

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@mainraket Reply to @zocen123 5 PEBULUTANGKIS TERKAYA DI DUNIA! πŸ’ΈπŸ˜± #mainraket #bwf #badminton #bulutangkis ♬ Obnimi (Remix) – Okean Elzi & Callmearco

Akaun TikTok dengan 29,000 pengikut tersebut difahamkan memetik laporan The Sport Grail, sebuah media sukan berbahasa inggeris dari India.

Video pendek yang berdurasi beberapa saat tersebut telah berjaya menarik perhatian peminat daripada Malaysia dan mencatat jumlah tontonan hampir 1 juta. Kebanyakan rakyat Malaysia yang menonton menitipkan mesej terkejut serta kagum dengan nilai kekayaan yang dimiliki oleh lagenda badminton negara.

Penafian

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama laporan mengenai kekayaan Lee Chong Wei ini diperkatakan. Dalam dunia yang berlandaskan media sosial kini, sesuatu maklumat itu kini boleh disebarkan dengan cara yang salah.

Pada 2016 lalu, thecelebritiesnetworth.com pernah mendakwa bahawa Lee Chong Wei mempunyai kekayaan bernilai RM300 juta berdasarkan kemenangannya, perniagaan, hartanah, kereta mewah dan duta jenama untuk pelbagai produk.

Laporan itu juga berkata bahawa Lee mempunyai banyak kenderaan mewah seperti Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini, Audi R8 dan Bentley Continental GT1. Selain itu, Lee Chong Wei juga dikatakan memiliki jam tangan mewah, yang disimpan dalam “tiga kotak besar”.

Lee Chong Wei dalam temubual dengan MalaysiaKini menafikan bahawa beliau mempunyai kekayaan setinggi itu. Lee Chong Wei menyatakan bahawa jika beliau mempunyai kekayaan sebanyak RM300 juta, beliau mungkin hanya perlu duduk di rumah tanpa perlu menyertai apa-apa pertandingan.

Beliau yang memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio, berkata bahawa dia tidak fikir atlet di Malaysia mampu mempunyai nilai kekayaan setinggi itu kerana badminton tidak popular seperti bola sepak, golf atau tenis.

Menang di kejuaraan kanada 6 tahun lalu, Lee Chong Wei dedah ‘rahsia’ kemenanganya. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Menang Di Kejuaraan Kanada 6 Tahun Lalu, Lee Chong Wei Dedah ‘Rahsia’ Kemenangannya

Lee Chong Wei Antara Pengguna Terawal Basikal Buatan YONEX Berharga RM28,000

Lee Chong Wei Kongsi Kisah ‘Rare’ Bagaimana Badminton Menyatukan Rakyat Malaysia