Lee Chong Wei sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila beliau kecundang di final kepada Chen Long 18-21,18-21.

Ini merupakan pingat perak yang ketiga buat Lee Chong Wei selepas beliau meraih dua pingat perak sebelum ini di Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2016 merupakan tahun yang baik buat skuad badminton negara apabila kita berjaya meraih tiga pingat perak di Olimpik; dua lagi menerusi acara regu lelaki dan regu campuran.

Terima kasih Dato’ Lee Chong kerana sudah mencuba yang terbaik untuk Malaysia. Usaha keras Dato’ di setiap sukan Olimpik semestinya perlu dijadikan tauladan untuk setiap atlet di masa akan datang. Tahniah sekali lagi Dato’!