Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah membuat keputusan untuk tidak mendaftarkan pemain utama perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk sebarang kejohanan dunia dalam tempoh dua tahun bermula 18 Januari 2022.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed dalam sidang media sebentar tadi.

Menurut akhbar Sinar Harian, kedua-dua pemain bagaimanapun masih boleh membuat rayuan terhadap tindakan tersebut.

Sebagai rekod, semua pemain perlu mendapatkan kelulusan persatuan bagi menyertai kejohanan di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Lee Zii Jia sudah menghantar surat peletakan jawatan sejak 11 Januari lalu dan disahkan oleh Presiden BAM, Norza Zakaria. BAM sebelum ini sudah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemain berkenaan dan keluarganya bagi memujuk untuk dia kekal bersama skuad kebangsaan tetapi ditolak oleh Zii Jia.

Dalam perkembangan sukan tempatan yang lain, Kim Pan-gon telah diumum sebagai ketua jurulatih Malaysia yang baharu. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kim Pan-gon Ketua Jurulatih Malaysia Yang Baharu, Turut Dibawa 4 Pembantu Dengan Kontrak 2 Tahun

Mengidam Tapi Tiada Dalam Menu, Lee Zii Jia Terkejut Terima 3 Bungkus Nasi Lemak Daripada Peminat

Cerita Badminton Malaysia Ke Olimpik Yang Wajar Setiap Rakyat Perlu Tahu

Anda Mungkin Suka