Impian Lee Zii Jia untuk menjuarai kejohanan All England bagi kategori perseorangan lelaki menjadi kenyataan apabila beliau berjaya menewaskan pemain No.2 dunia dan juara bertahan All England, Viktor Axelsen.

Zii Jia, 23, pilihan keenam kejohanan menewaskan Viktor dalam perlawanan final yang sangat sengit 30-29, 20-22, 21-9.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Laluan ke final Zii Jia juga tidak mudah kerana beliau turut mengejutkan pemain No. 1 dunia, Kento Momota pada suku akhir semalam.

All England juga sedikit ‘sunyi’ tanpa kehadiran pemain dari China dan Taiwan untuk edisi 2021. Kali terakhir Malaysia merangkul kejuaraan badminton tertua di dunia itu adalah pada 2017 menerusi Datuk Lee Chong Wei.

Tahniah buat Lee Zii Jia untuk gelaran pertama All England ini!

Ini beberapa artikel lain untuk bacaan anda. Klik pada pautan di bawah.

Sepantas Kilat Lepasi Palang, Ujian RFID Bayar Tol Tanpa Perlu Berhenti Tular

Beratur Hingga Luar Lot 10, Cawangan Pertama Don Don Donki Diserbu Orang Ramai

Baru Dapat Kunci Ferrari 6 Jam, Kereta Ini Hancur Teruk Dalam Kemalangan