Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kemelut antara pemain perseorangan lelaki Nombor 1 negara, Lee Zii Jia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilihat sudah berakhir berdasarkan perkongsian yang dikongsikan oleh Zii Jia di Facebook.

Berdasarkan perkongsian itu, Zii Jia berkata beliau telah diberi ‘lampu hijau’ untuk bergelar pemain profesional selepas sesi bertemu secara bersemuka antara beliau, ahli keluarganya dan Presiden Persatuan Badminton Negara (BAM), Tan Sri Norza Zakaria.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

“Saya gembira dapat menyelesaikan isu dengan BAM ini selepas mendapat restu dari Tan Sri untuk menjadi pemain profesional. Kejayaan saya sebelum ini dan di masa akan datang tetap adalah produk Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia.

“Saya akan sentiasa berterima kasih atas didikan dan tunjuk ajar Tan Sri serta memberikan saya peluang untuk berkhidmat buat negara. Buat masa ini, fokus saya adalah untuk pertandingan Kejohanan Berpasukan Asia (Asia Team Championships),” tulis Zii Jia.

Sebelum ini, Zii Jia dikhabarkan menerima tawaran gaji sebanyak RM1 juta setahun oleh BAM supaya jaguh perseorangan negara itu terus kekal bersama badan induk berkenaan.

Namun pemain serta badan badan induk tersebut sudah mencapai kata sepakat dan Zii Jia boleh bergerak secara profesional selepas ini. All the best buat Lee Zii Jia dan juga BAM.

Konflik Lee Zii Jia dan BAM turut mendapat perhatian atlet badminton antarabangsa. Baca mesej sokongan mereka pada pautan di bawah.

‘Kuasa Veto’ BAM Buat Lee Zii Jia Undang Pelbagai Komen Daripada Atlet Dalam Dan Luar Negara

Cerita Badminton Malaysia Ke Olimpik Yang Wajar Setiap Rakyat Perlu Tahu