Membesar dalam persekitaran yang begitu dekat dengan kawasan penerbangan helikopter telah memberi inspirasi kepada Leftenan Kolonel Norhana Abdul Manaf untuk menjadi juruterbang helikopter. Setelah melalui pelbagai peringkat yang sukar, beliau akhirnya berjaya dinobatkan sebagai juruterbang helikopter wanita pertama.

Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya menerima pengiktirafan Instruktor Helikopter Berkelayakan (QHI) yang membolehkan beliau melatih juruterbang termasuk menjadi pengulas pertunjukan udara di dalam dan luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ltkolnorhana
sumber: Berita Harian

Memulakan pendidikan dalam bidang Diploma Sains Kesetiausahaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kuantan beliau kemudian mendapat restu daripada ayahnya untuk menyertai Tentera Udara dengan menyertai kursus Diploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan di Maktab Turus Angkatan Tentera.

Setelah terlibat dalam elbagai proses termasuk latihan penerbangan simulator di Norway dan United Kingdom, beliau akhirnya dinobatkan sebagai juruterbang helikopter wanita pertama pada tahun 1997. Status sebagai seorang wanita nyata tidak menjadi penghalang untuk menyertai bidang yang didominasi oleh lelaki.