Bermula kariernya di dalam industri muzik tidak menghalang Tan Sri Tony Fernandes untuk mencuba sesuatu yang baru. Dikhabarkan idea untuk membangunkan ‘semula’ AirAsia bermula apabila beliau mendapat inspirasi untuk melahirkan syarikat penerbangan kos rendah di Malaysia seakan EasyJet. Hasilnya, syarikat ini berjaya mendapat anugerah syarikat penerbangan tambah murah terbaik sepanjang beberapa tahun berturut-turut.