Jika anda merindui zaman kegemilangan Mighty Morphin’ Power Rangers, anda pasti akan menyukai projek filem ‘Legend Of The White Dragon’ ini.

Studio Bat In The Sun dua hari lalu telah melancarkan trailer teaser khas untuk Legend Of The White Dragon yang mengambil inspirasi daripada siri Power Rangers. Lebih membuatkan ramai teruja adalah penglibatan dua bekas aktor siri Power Rangers iaitu Johnny Yong Bosch dan Jason David Frank yang akan menjadi teraju utama projek ini. Frank seperti biasa akan menggalas watak White Dragon dalam filem ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Siri ini tidak akan mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana siri Power Rangers tetapi ianya dapat dilihat filem ini mengambil inspirasi daripada siri tersebut.

https://youtu.be/SEbKirRQ3lA

Selepas trailer ini dilancarkan, ramai yang mula ke laman Kickstarter untuk membantu menjayakan projek ini. Pihak studio memerlukan dana USD500,000 (~RM2 juta) supaya projek ini boleh diteruskan. Mereka juga turut menambah jika mereka berjaya mengumpul lebih daripada target asal, filem ini bakal dikembangkan lagi dari segi jalan cerita dan juga efek khasnya.

Yang pasti, Bat In The Sun akan buat sehabis baik dana yang diberikan oleh para pelabur. Jika anda mahu melihat dua bekas Rangers kembali untuk satu filem yang hebat, jangan lupa untuk bantu mereka di Kickstarter!