Chevrolet nampaknya tak bergurau apabila mereka mahu pamer kereta Lego Batman di Detroit Auto Show. Mereka betul-betul bina life-size Batmobile!

Selepas 1,833 jam dan 344,189 bongkah Lego, Batmobile ini akhirnya siap dengan jayanya. “Untuk membina Lego Batmobile ini bersama Warner Bros adalah sesuatu yang mengujakan bagi kami,” kata Paul Edwards, VP Marketing Chevrolet. Batmobile Lego ini juga adalah salah satu cara Chevrolet untuk mempromosikan filem The Lego Batman Movie.

Ini bukanlah kereta Chevy pertama yang diguna pakai oleh Batman. Sebelum ini, kereta Batman yang dipandu Mchael Keaton dalam Batman tahun 1989 dibina menggunakan chasis model Impala dan Batmobile panduan Val Kilmer pula dikuasakan enjin Chevy V8.

Mereka juga sempat buat satu iklan yang comel tentang Batmobile ini. Anda boleh tontonnya di bawah. Chevrolet berjaya menambat hati peminat tegar Lego dengan Batmobile yang awesome ini.

https://www.youtube.com/watch?v=Ezm-VUI4PpA

Sumber