Set rasmi LEGO Jurassic Park yang akan menemui peminat minggu hadapan mempunyai 360 biji LEGO termasuk karakter dan set seperti yang terdapat dalam filem itu sendiri. Antara figura mini yang terdapat dalam set ini ialah Tim Murphy, Alan Grant, Lex Murphy, Ellie Sattler dan yang pastinya watak velociraptor tersebut sendiri.

Set Velociraptor ini boleh didapati di laman web LEGO dengan harga sekitar $40 (~RM155.56) sahaja. Antara ciri yang terdapat dalam set ini ialah bilik kawalan yang dilengkapi dengan komputer, makmal, tangga, telefon, pintu yang boleh dikunci dan tingkap yang boleh dibuka.

jurassic lego 2

jurassic lego

Makmal set ini turut dilengkapi dengan DNA dinosaur, unit penyimpanan embrio dan kamera keselamatan. Ciri ini akan membolehkan pemilik bermain set ini seperti di dalam filem itu sendiri. Peminat filem ini yang pasti sudah tidak sabar untuk menunggu kemunculan set ini bolehlah ‘menjenguk’ ke laman web LEGO bermula hari ini.

Baca: Elon Musk Mahu Menjual ‘LEGO’ Daripada Batu

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤