Dalam banyak-banyak penyertaan LEGO Ideas, ini adalah yang paling awesome dan antara yang paling ramai peminat. LEGO Ideas adalah tempat para peminat LEGO dari seluruh dunia melemparkan idea kepada syarikat itu untuk menjadikan sesuatu rekaan menjadi kenyataan. Syaratnya, sesuatu idea itu perlu mempunyai lebih 10,000 supporters untuk idea berkenaan di review oleh pihak LEGO.

Rekaan dan idea untuk menghasilkan rekaan Megazord OG dari siri Power Rangers ini datangnya dari seorang peminat lego dengan nama Wahkaka0321. Beliau memuatnaik idea beliau ini pada 30 Mac 2017 dan ketika ini, idea Wahkaka sudah mempunyai 1188 supporters!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut beliau, minatnya yang mendalam pada siri Power Rangers ini membuatkan beliau mahu Megazord ini menjadi realiti. Keseluruhan Megazord ini disusun sendiri oleh Wahkaka menggunakan LEGO. Menurut Wahkaka, setiap dinosour boleh dileraikan satu per satu, sama seperti dalam siri Power Rangers. Hebat!

Kalau anda mahukan idea Megazord ini menjadi kenyataan, anda boleh memberi sokongan kepada Wahkaka0321 di sini. Rugi jika pihak LEGO tidak sokong idea ini kerana semestinya jika keluar keluaran rasmi untuk Megazord ini, ianya pasti laris di seluruh dunia. Its morphin time!