Selepas kejayaan Lego Movie dan Lego Batman Movie, Warner Animation Group tampil dengan filem Lego terbaru, Lego Ninjago. Jadi bagaimana filem Ninjago ini berbanding dua filem Lego sebelum ini?

Bagi peminat siri Ninjago terutamanya anak-anak kecil, plot untuk filem ini diambil dari siri TV Ninjago dan mengambil tempat di sebuah pulau di mana penduduknya diganggu oleh seorang penjahat, Lord Garmadon(Justin Theroux) yang mahu mengambil alih pemerintahan di pulau berkenaan.

Tetapi rancangan untuk merampas pulau berkenaan dihalang oleh 6 ninja muda yang diketuai oleh Green Ninja. Green Ninja ini rupa-rupanya adalah anak lelaki kepada Lord Garmadon, Lloyd(Dave Franco) yang ‘dibuang’ beliau sewaktu kecil.

Dimudahkan cerita, filem ini adalah berkenaan rivalry antara anak dan bapa dan 6 ninja ini dihantar oleh mentor mereka, Master Wu (Jackie Chan) untuk mencari ultimate weapon untuk menghalang Lord Garmadon.

Saya tidak mahu ulas panjang tentang cerita ini takut terbuat spoiler pula. Filem ini mengekalkan konsep fun yang sama seperti dua filem Lego yang sebelum ini. Cuma dua filem Lego yang sebelum ini, lebih banyak babak lucu dan spastik yang orang dewasa boleh relate.

Watak Lord Garmadon paling mencuri tumpuan dalam Lego Ninjago ini. Justin Theroux berjaya menjadikan Lord Garmadon ini seorang yang evil tetapi lucu dengan karenahnya. Untuk Lloyd dan rakan-rakannya pula, robot yang dipandu mereka juga sangat awesome! Dan saya pasti set Lego untuk robot-robot ini sudah ada dijual di pasaran. Cantik kalau dapat cantum semuanya dan buat display di rumah.

Lego Ninjago juga turut menyelitkan mesej kekeluargaan di mana Lord Garmadon cuba berbaik kembali dengan Lloyd. Filem ini memberi mesej pentingnya peranan seorang bapa dalam kehidupan anak ketika membesar.

Ianya satu filem yang pastinya akan buat anak/adik kecik anda ketawa kerana watak-wataknya yang comel. Cuma masalah besar akan timbul kalau bawa mereka ke Toys R’ Us. Kalau mereka mintak beli set Lego Ninjago naga hijau, mau koyak poket hendak membelinya. Saya beri rating 7.5/10 untuk filem Ninjago in. Bawalah anak/adik anda ke pawagam untuk tonton filem ini. Anda pun akan turut menyukainya.

P/S: Tahukah anda ada bilik hotel dengan tema Ninjago di Legoland Malaysia? Kalau nak cuba bolehlah menempah di sini.