Pada minggu lalu, Elon Musk berjaya mencuri perhatian netizen hampir seluruh dunia dengan pelancaran Tesla Cybertruck. Model ini menjadi bualan netizen apabila cermin trak yang dikatakan lasak nampaknya terus retak apabila dilemparkan objek. Percubaan kedua di atas pentas juga menunjukkan keputusan yang sama sekaligus membuatkan isu ini trending.

Walau bagaimanapun, usaha yang dibuat Tesla dalam memperkenalkan trak yang hadir dengan rekaan yang unik ini dilihat berjaya selepas Tesla Cybertruck berjaya mengutip 200,000 tempahan sepanjang tiga hari selepas pelancaran. Lebih hebat, Tesla dilaporkan tidak mengeluarkan sebarang modal untuk mengiklankan model terbaru mereka.

Belanjawan 2020
HYPE
5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain
Baca lagi →

Terbaharu, syarikat LEGO nampaknya tampil dengan iklan terbaru bagi menumpang populariti Tesla Cybertruck dengan menyindir model trak elektrik tersebut.

The evolution of the truck is here. Guaranteed shatterproof 😬

Posted by LEGO on Tuesday, 26 November 2019

Penggunaan brick LEGO yang minimal dengan warna perak beserta tayar sudah cukup untuk mempamerkan rekaan Tesla Cybertruck sekaligus mencuit hati netizen.

Bukan itu sahaja, LEGO turut tampil dengan caption ‘The evolution of the truck is here. Guaranteed shatterproof ‘ yang menjanjikan jaminan kalis retak bagi trak keluaran mereka. Iklan ini secara tidak langsung berjaya menarik perhatian ramai serta menerima lebih 15,000 perkongsian sepanjang 24 jam dimuat naik. 

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama iklan berunsur sindiran dibuat. Sebelum ini, Samsung pernah memerli Apple yang membuang ‘headphone jack’ pada iPhone X sebelum turut mengikuti langkah yang sama.

Samsung Padam Iklan Sendiri Yang Memerli Apple Membuang ‘Headphone Jack’

Huawei ‘Troll’ Apple Semasa Pelancaran iPhone XS Di Singapura

Anda Mungkin Suka