Sudah menjadi kebiasaan untuk LEGO melancarkan set baharu setiap kali San Diego Comic Con dan kali ini, LEGO memilih kenderaan udara untuk set terbaru Avengers: Endgame.

Set ini akan dilengkapi patung figura LEGO Hulk, Black Widow, Pepper Potts dan Chitauri Warriors bersama kenderaan pertempuran mereka dan helikopter Avengers. Tidak pasti mengapa ada helikopter dalam set ini. Seingat kami tiada helikopter rasmi yang digunakan oleh superhero Marvel dalam mana-mana filem Avengers.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Figura Hulk memakai Infinity Gauntlet adalah item paling menarik dalam set ini. Set LEGO 482 blok ini akan berada di pasaran hujung tahun ini pada harga USD60 (~RM248). Bagi anda yang sememangnya mengumpul set LEGO Avengers, jangan lupa untuk dapatkan set ini nanti.

Lego Avengers 1

Lego Avengers 2

Lego Avengers 3

Lego Avengers 4

Lego Avengers 5

Lego Avengers 6

Lego Avengers 8

Lego Avengers 9

Anda Mungkin Suka