Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

LEGO berjaya berada dalam kedudukan Top 10 pengguna Superbrands UK. Menariknya, LEGO turut mengalahkan jenama terkenal seperti Apple, Coca-Cola dan Rolex dalam senarai Top 10 pengguna Superbrands UK dengan peningkatan 4% dalam pendapatan penuh tahunan sebanyak DKK 36.4 bilion (RM22.5 bilion).

Meskipun jenama Apple telah mendahului dari segi jualan, LEGO telah disenaraikan di kedudukan pertama untuk ‘Keuntungan Relevan Bersih’ dalam senarai 10 jenama pilihan pengguna. Pemilihan kedudukan ini berdasarkan hasil kajian yang diperoleh daripada pengguna, berkaitan jenama yang paling relevan di dalam kehidupan mereka.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Kedudukan terbaru ini telah menjadikan Apple berada di kedudukan kedua, diikuti oleh Gillette dan Rolex pada kedudukan ketiga dan keempat. Manakala senarai kedudukan kelima hingga kesepuluh adalah British Airways, Coca-Cola, Andrex, Mastercard, Visa dan Dyson. Antara produk LEGO yang terlaris adalah LEGO City, LEGO Technic, LEGO Star Wars, LEGO Friends dan LEGO NINJAGO.

LEGO vckt

LEGO vckt

LEGO vckt

LEGO vckt

LEGO vckt

Anda Mungkin Suka