Mula diperkenalkan pada tahun 2012 dengan tanah keluasan 76 ekar, Legoland Malaysia baru-baru ini dikaitkan dengan penjualan oleh pemiliknya kepad pihak luar.

Berdasarkan laporan daripada Bloomberg, pemiliknya iaitu Khazanah Nasional Bhd bercadang untuk menjual resort dan taman tema Legoland Malaysia dengan nilai sekitar RM1 bilion termasuk hutang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Thejakartapost

hotel-1400×800

Taman tema dan resort ini dioperasikan Merlin Entertainments Plc serta merupakan taman tema LEGO pertama di Asia.

Mengulas dari segi keluasan, Legoland Malaysia memiliki keluasan sebesar 50 padang bola dengan penyertaan 15,000 model LEGO yang dihasilkan daripada 60 juta LEGO. Setakat ini, pihak Khazanah masih belum mengeluarkan sebarang maklum balas mengenai ura-ura penjualan Legoland Malaysia ini.

Sumber