Dari 13 Januari hingga 5 Februari 2023, LEGOLAND Malaysia Resort akan diisi dengan pelbagai aktiviti dan persembahan bertemakan Tahun Baharu Lunar yang sesuai untuk seisi keluarga.

“Di LEGOLAND Malaysia, kami percaya pentingnya memelihara budaya dan tradisi yang diperingati di Malaysia melalui pendidikan generasi akan datang. Tahun ini, kami memastikan untuk menyambut Tahun Baharu Lunar dengan menyusun aktiviti budaya dan persembahan serba baharu untuk para tetamu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Dalam pada itu, kami tetap setia pada DNA LEGO kami untuk anak-anak belajar sambil bermain di resort kami dengan pelbagai aktiviti yang dirancang,” kata CS Lim, Pengarah Bahagian di LEGOLAND Malaysia Resort.

Tahun ini, tetamu boleh menjangkakan perayaan yang dipenuhi dengan aktiviti yang hebat yang akan memberikan mereka nasib baik dan kemakmuran di seluruh resort; LEGOLAND Theme Park, Water Park, LEGOLAND Hotel, dan SEA LIFE Malaysia. Beberapa aktiviti yang menanti para tetamu adalah:

Belajar tentang Tradisi Tahun Baharu Lunar dan bermain permainan tradisional


Anda boleh menonton persembahan Lion Dance di Secret Garden of Prosperity yang dihiasi bunga sakura hanya pada 22 Januari 2023!

Anda juga boleh menonton persembahan budaya baru yang dirancang untuk musim Tahun Baru Cina seperti Chinese New Year Dance-off, Zodiac Dance Along, Cerita Monkey King, dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk belajar dan mencuba permainan tradisional Cina iaitu Chinese Yo-Yos, Jian Zi, Lunar Ribbon Dance, dan banyak lagi! Kanak-kanak juga boleh menebus hadiah khas apabila mencari dan mengira jumlah Red Lanterns yang ada di SEA LIFE.

Rasa anda bertuah? Putar Roda Bertuah dan anda mungkin salah satu yang beruntung untuk pulang dengan hadiah epik.

Untuk pengalaman penuh di LEGOLAND Malaysia Resort, anda boleh menginap di LEGOLAND Hotel kerana terdapat persembahan khas bersempena Tahun Baru Cina telah dirancang yang pastinya akan menghiburkan anak-anak anda. Jangan lepaskan juga aktiviti mewarna, membina binaan dan cabaran Speed-Challenge Building!

BRICKS Family Restaurant di LEGOLAND Hotel juga turut menawarkan Lunar New Year Buffet Dinner khas pada 21 dan 22 Januari 2023. Kami sudah cuba makan di sini minggu lalu dan pilihan makanan yang disediakan memang banyak dan lazat!

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran serta aktiviti yang disediakan, layari laman web LEGOLAND Malaysia di sini atau halaman media sosial LEGOLAND di Facebook dan Instagram.

P/S: Tidak terlupa juga sekiranya anda berada di LEGOLAND nanti, jangan lupa untuk menyertai pertandingan khas di mana anda boleh menang hadiah LEGO® LUNAR NEW YEAR Playset.

Anda hanya perlu buat reels Instagram khas semasa di LEGOLAND Malaysia dan penyertaan paling kreatif akan menang set edisi khas ini. Selamat mencuba!