Setiap kali musim cuti sekolah pasti ibu bapa ketandusan idea mahu bercuti ke mana membawa anak-anak. Ini berita baik untuk anda rebut kerana Legoland menawarkan tawaran istimewa untuk anda di MATTA Fair 2019 yang akan berlangsung pada hari ini sehingga 17 Mac 2019 ini di Putra World Trade Center (PWTC).

Bagi anda yang membeli tiket masuk ke Legoland satu hari, tiket anda akan dinaik taraf kepada pas tahunan Legoland. Tawaran ini memberikan anda akses tanpa had ke taman tema dan taman air Legoland. Malah, lebih menarik, anda dapat masuk ke SEA LIFE Malaysia secara percuma setelah pembukaannya tidak lama lagi.

LegolandinJohorBahruAdmissionTicket
Sumber: Klook

Malah, jika anda membeli pakej Pengalaman Keluarga Hotel LEGOLAND® akan menerima diskaun sehingga 35% untuk pakej tersebut. Adalah diingatkan, promosi ini hanya boleh didapati di MATTA Fair 2019 sahaja. Apa tunggu lagi, ini masanya anda rebut peluang keemasan ini.