Leica akan bekerjasama dengan syarikat telefon dari China, Huawei untuk kerjasama jangka panjang dalam usaha mereka untuk menambah baik smartphone photography.

huawei

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Huawei menjadi pengeluar smartphone ketiga terbesar di dunia pada tahun 2012 dan pada tahun 2015 menjadi syarikat smartphone dari China pertama yang menjual lebih 100 juta unit smartphone dalam masa setahun.

Kerjasama antara syarikat gergasi kamera itu adalah langkah mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu ‘visual world renaissance’. Matlamat yang bunyinya sangat hebat. Kerjasama ini akan merangkumi research and design (R&D), pemasaran dan jualan.

contoh gambar dari kamera leica. Kredit gambar: Yanidel Street Photography
contoh gambar dari kamera leica. Kredit gambar: Yanidel Street Photography

Photographer pasti sudah sedia maklum bagaimana kualiti gambar yang dihasilkan oleh kamera Leica. Kaki selfie pasti teruja kerana nanti gambar lebih cantik kalau selfie dengan kamera teknologi Leica ini. Bagi saya, jika kameranya nanti boleh menandingi kualiti kamera pada iPhone dan Samsung Galaxy, ada kemungkinan saya akan bertukar kepada Huawei. Samsung dan Apple pasti cemburu dengan kerjasama antara Leica dan Huawei ini.

Sumber