Jika anda pertama kali mendengar jenama Leica mungkin anda akan terkejut dengan harga ‘exclusive’ kamera ini. Mungkin jenama ini tidak begitu popular berbandingĀ Nikon atau Canon namun jenama ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Pada tahun 2004, Leica meyambut kehadiran Leica M System buat kali ke-50 dengan mengeluarkan Leitz Titanium M7. Kamera yang hadir dengan bilangan yang sangat terhad iaitu 50 unit sahaja yang dikeluarkan berjaya membuatkan Leitz Titanium M7 antara kamera yang paling ‘rare’ peminat Leica boleh dapatkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hadir dengan 3 lens berbeza iaitu 28mm, 50mm dan 90mm berjaya memberi ruang yang lebih buat penggunanya untuk mengambil gambar street photography, landskap mahupun potret. Bukan sahaja kekemasan dari segi imej yang dititikberatkan, malah penggunaan material yang berkuali pada body dan lens menjadi keutamaan.

Buat anda yang berminat atau berhajat untuk mendapatkan kamera ini, anda masih berpeluang untuk mendapatkannya di eBay dengan harga $190,000 USDĀ (lebih kurang RM779 ribu). Kata orang, kalau dah minat semua boleh jadi. Namun, sanggupkah peminat Leica menghabiskan sejumlah wang yang besar demi sebuah kamera Leica yang ‘rare’ ini.

f10615d11b8358e1ae0e16e5550d9f2445b3c6ea_orig

Leica-M7-Titanium-with-1.450mm-ASPH-50-years

leica-leitz-titanium-m7-190000-2

Leica-M7-Titanium-3-Lens-Set-Big_10

Sumber